Jumaat, 6 Mac 2009

pakai panah, peluru @ laser???????







Bagaimana saat kita nak tegur kesalahan seseorang? Adakah dengan cara kasar tapi direct to the point?

Berkias-kias, atau menegur dengan cara menyindir dia? Kita boleh pilih sama ada nak menggunakan pendekatan panah, peluru atau laser. Gunakan dengan bijak, sesuaikan dengan keadaan.

Panah bila terkena, lukanya tak berapa dalam, lubangnya kecil saja tapi sakit. Ini adalah stail teguran nipis, lembut, berhemah, supaya dia fikir sendiri apa salahnya. Gunakan teguran stail panah bila kita cuma mahu menegur saat pertama dia buat salah, atau kita boleh pilih menegur dia dengan lembut.

Peluru bila ditembak, momentumnya sangat tinggi. Kelajuan peluru membuat kesannya bila terkena amat-amat sakit, dalam pula.Teguran seperti peluru adalah teguran direct to the point, terkeluar semasa kita tgh marah, sakit hati atau tertekan .Saat itu, kita menegur dengan suara tinggi, seperti mengherdik atau meneriak. Namun, ada juga yang menegur dengan suara perlahan, tapi berubah tiba-tiba meninggi selepas itu.Gunakan teguran peluru saat orang tu degil, tak dengar cakap, melawan atau keras kepala.Ye ke...try test tgk...

Laser bila dipancar, sinarannya nipis, kecil, halus tapi lukanya berbekas hitam seperti kesan terbakar. Sinar laser membunuh sel-sel kulit, menjadikannya mati tak berganti lagi.Teguran laser adalah stail teguran kasar, tegas, pedih, menyindir dan nampak kurang ajar. Tak semua orang sesuai dengan kata-kata sebegini, jadi kena tengok orang dulu bila nak menegur.Orang yang menegur dengan stail laser biasanya menegur dalam emosi stabil, atau dalam emosi marah yang ditahan-tahan, ketara emosionalnya . Mereka tak menegur dengan suara tinggi, tapi suara yang dilontar sambil kepala dipalingkan ke arah lain.Konon2 baling batu sembunyi tangan kot.
Ada juga yg tegur dengan memberi senyuman, sebagai tanda sindiran yang dia sedang marah.hurmmm....

Ketiga-tiga stail teguran ni memberi kesan berlainan, ditujukan pada orang yang perangainya berlainan, sikapnya berlainan. Sebagai orang yang menegur, kaji dulu siapa yang nak tegur, analisis cemana orangnya.
Walau apapun cara kita menegur, satu saja yang saya mahu sampaikan. Tegurlah untuk kebaikan orang lain, sambil tu untuk menjadi peringatan pada diri sendiri juga.

Sebab, kadang-kadang saat kita tegur orang salah kita sendiri kita tak nampak...hehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan