Isnin, 9 Mac 2009

Lelaki Idaman...



lelaki sejati alamnya seni
tafsir maknawi mimpi diri
dari fantasi lahir kerealiti putera cinta
berbudi pekerti.
renungilah rajah wajahnya
perhatilah corak lagaknya
hargailah kias bahasanya
nilailah janji budinya.
susur arus watak galur
ruas rawak gayanya tersendiri
caranya dihormati.
pancar akalnya telus ujar bicaranya
tulus nada suaranya
halus irama ayatnya bagus.
dia selalu sedar dia sentiasa sabar
pedomannya iktibar kerjaannya ikhtiar.
dia janggal jatuh dikaki
dia sejati jatuh dihati
dia bijak memuji memuja
dia pandai memupuk membaja.
kau merasa bangga mendekatinya
kau menjadi gembira bersamanya
kau terhibur nikmati layanannya
kau sentiasa ceria disampingnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan