Jumaat, 6 Mac 2009

KisAh PenDayung SamPaN.....

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian
> tentang lautan menumpang sebuah sampan.
>
> Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.
> Professor memang mencari pendayung sampan yang endiam agar
> tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
>
> Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.
> Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian
>
> digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam
> buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
>
> kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak
> ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia
>
> berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."
>
>
> "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat"
> kata Professor itu.
>
> Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya
> ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu rulah
> Professor itu menegur pendayung sampan.
>
>
> "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya
> Professor itu.
>
> "Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung
> sampan itu dgn ringkas.
>
> "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.
> "Ya".
>
> "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari
> mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
>
> Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih
> tidak berpuas hati, Professor itu
>
> bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
>
> Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
>
> "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari
> usia kamu."
>
> Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"
>
> Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
>
> "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu.
> Kamu tahu fizik?" Professor itu
>
> masih lagi bertanya.
>
> Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan
> kepala.
>
> "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75
> peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya
> tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung
> sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan
> ngkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
>
>
> Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.
> Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu
>
> dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung
> sampan terpelanting Sempat pula
>
> pendayung sampan itu bertanya,
>
> "Kamu tahu berenang?"
>
> Professor itu menggelengkan kepala.
>
> "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus
> nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang
> enuju ke pantai.
>
>
>
> Morale of the Story:
>
> Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin
> kehidupan.
>
> Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
> perkara-perkara penting dalam hidup.
> Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih
> berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang ang tidak
> ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi
> "MASTER" dalam bidang yang diceburi.>
> Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk
> apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan
> boleh digunakan?
>
>
> Hikmat Inspirasi:
>
> Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
>
> Usaha sempurna adalah kemenangan ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan