Ahad, 1 Mac 2009

nama SYAITAN dalam surah al-fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah
adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah
solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan
setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam
Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu)
sepatutnya Iyya. Iya
bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya
akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan
kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga
habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN ................hendaklah
mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3
harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-
Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu
ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan